chapter demi chapter


2 ulasan

prologue
Dah lama aku tak menaip sesuatu dalam blog ni...penat mungkin?atau terlalu sibuk dengan dunia plastik yang ada di sekeliling aku..entah la..

chapter 1:drama dari andulusia

Memang aku akui,terlalu banyak drama yang berlaku,menjadikan iklim kehidupan aku jadi sangat berbeda dengan kehidupan aku sebelum ni.mungkin banyak juga perkara yang aku tertinggal sehinggakan aku diangkat menjadi karektor protagonis dalam drama harian teman dan taulan...cukuplah..aku pun insan,sama merasa sakit,sama merasa pedih,sama merasa kekosongan dan kadang2 sama merasa gembira...

Aku tertanya-tanya,salahkah aku memilih jalan yang aku pilih selama ini?atau mungkin ini jalan yang terbaik pernah aku pilih?

chapter 2:teman,sahabat,rakan

Aku sering membuat mereka tertawa,tersenyum gembira..hanya itu yang aku mampu lakukan,kerna aku tak mampu tertawa,tersenyum lebar seperti mereka,cukuplah sekadar aku menjadi badut dalam "kandang" sarkas mereka...senyuman aku,ketawa aku hanya solekan semata-mata supaya aku dapat sembunyikan perit yang membaluti jiwa selama ini...

chapter 3:i said fuck,so what?
Fuck!salah ke bila aku ada keinginan untuk mencarut?aku rasa aku berhak menjadi diri aku,berhak luahkan kekusutan aku..ini bukan nafsu amarah,tapi hanya sekadar diri aku..aku tak sempurna,tak seperti kamu,tak seperti mereka...


chaper 4:fitrah,lumrah,dan fitnah

Betul pesan uncle G,fitrah manusia,bila dah dapat apa yang mereka inginkan,tangan2 yang menambat mereka supaya mereka tak jatuh dalam terowong gelap lantas dilupakan...mungkin aku yang menjadi penambat itu,atau mungkin juga aku orang yang ditambat?...dah puas mencaci maki aku?dah puas ketawa bila melihat aku sendiri?dah puas?...teruskan...

Kenapa bila aku bergaul dengan orang itu,orang ini,baru nak bersuara,mengatakan aku dah menjadi orang lain,berubah...siapa kita nak menilai orang itu begini,orang itu begitu,sempurna sangat ke diri sendiri sehingga cepat menuding jari?tolonglah..tolong menjadi diri sendiri...ya,aku bergaul dengan kaki mabuk,kaki club,kaki pukul,kaki rempit,kaki yang sehina-hinanya manusia nilai..aku pun macam mereka dulu,tapi siapa kamu nak menilai siapa ke syurga,siapa ke neraka?kalau Dia nak beri hidayah,hatta pelacur pun masuk syurga,diampunkan dosa,diberi pahala lebih besar dari dunia...sekarang bila aku begini,mula nak bersuara kemana menghilangnya aku..mengapa tidak bertanya pada diri sendiri?

Kamu sudah ada dunia yang kamu pilih,dunia kebahagiaan kamu,sekarang izinkan aku bersama dunia yang kamu anggap terlalu rendah tarafnya berbanding taraf kamu...

Sudahlah,seberapa banyak cacian pun yang kamu beri,tetap aku akan berpegang pada janji,seorang sahabat yang akan menemani,selagi diperlukan...

chapter 5:malaikat tanpa sayap

Kepada uncle G,aku tak tau macam mana aku nak balas budi baik,jasa seorang teman,seorang sahabat,seorang yang layak aku gelarkan umpama malaikat...mungkin aku akan terus hanyut dalam ombak nafsu dalam dunia baru aku,tanpa ada bimbingan dari dia,dah tentu aku akan terus hanyut dan lemas,tumpas dalam pentas dunia yang takkan membawa aku kemana-mana...bukan niat aku mahu mengagungkan siapa dia,cuma aku terlalu mengagumi keperibadian insan seperti dia..jarang aku berjumpa orang yang sangat berani,lantang,dan tegas,walaupun kadang2 masuk ayor seperti aku,tetapi jiwanya yang kental menjadikan beliau insan yang sangat aku kagumi...

konklusi:
dunia aku,kamu dan kita jauh berbeda...aku mahu berjaya di ukhrawi lebih dari duniawi...dan aku juga mahu melihat kamu,kita sama2 berjaya nun disana...kekal abadi.

.syakreen razali.

2 Response to "chapter demi chapter"

  1. tak salah jadi diri sendiri,akan tetapi apa yang buruk itu hendaklah kita buang.

    walaupun kita tak layak menilai orang,namun itu bukan alasan untuk kita meredhai apa yang dimurkai oleh Allah,walaupun buruk dimata kita tidak semestinya buruk dimata Allah, dan sebaliknya....

    apapun apa yang berlalu,biarlah berlalu.perbetulkan apa yang salah dan teruskan hidup ini.Hidup mati kita hanya kerana Allah s.w.t

    lebih baik menjadi diri sendiri daripada hipokrit. hurmm mmg apa yang kita buat tidak selalu memuaskan hati semua insan. yang penting we know who we are?? dan semestinya dalam meniti kehidupan ini kita sentiasa belajar dari kesilapan dan tak salah kalau kite buat salah... jdkn ia pengalaman pling bharga...

ReDesigned by freakinshark™